+BeTul Ke Di Cinta AkU+  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS

aku ada dengar radio hari tue...tapi ada 1 bab tue aku tertarik untuk mendengarnya. aku betul2 pasang telinga ketika DJ tue cakap.

ada sepasang kekasih tu tengar borak2 pasal CINTA dorang.

makwe: sayang..sayang...ayang nak tanya ni. kalau CINTA ada dalam belon. sayang nak letupkan x belon nie untuk ayang?

pakwe: mmm.....letupkan la. sebab nak bagi CINTA tue pada ayang la. wat ape kan CINTA tu dok dalam belon tue kan?

kalau korang jadi pakwe awek tue...korang nak letupkan tak belon tue? sebab ape?
tapi bagi aku la kan....aku x letupkan belon tu. sebab kalau meletup hilanglah CINTA tue ikut angin dalam belon tue. elok2 dalam tue nak kuarkan buat ape?



Pertua Dan KeSihaTan..  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in




cegah rambut beruban
ambil 2 senduk biji betik yg dah tua,
kemudian goreng tanpa minyak hingga hangus.
tumbuk biji betik itu hingga halus, kemudian dicampurkan
sedikit minyak kepala.setelah itu sapukan ke rambut korang.
sebelum sapu mintak itu, pastikan rambut korang bersih la yew.

nak lagi?...blh...

Lebatkan rambut
ambik daun kari dan halba dikisar
kemudian campurkan sekali.
tumis dengan mintak kelapa menggunakan
api yg pelahan atau sederhana.
apabila sudah sejuk, bolehlah disimpan
dalam botol dan gunakan minyak tersebut 3x seminggu.
caranya sapukan pada ramuan ini pada rambut dan
biarkan semalaman sebelum dicuci bersih.



SaYang Ku aDam.....  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in

tidak mampu mama buktikan pada aDam betapa sayangnya mama ini pada aDam......

mama tidak mampu berikan Taj Mahal sebagai tanda sayang mama ini pada aDam....

tidak mampu berikan intan belian ....dan tidak mampu berikan jambatan emas sebagai hadiah untuk aDam....

tapi percayalah sayang...demi cinta dan kasih sayang mama ini akan mama korbankan segala-galanya untuk kebahagian dan kegembiraan mu sayang....




'kerana sayang ini hanyalah untuk mu......'



Jom Try ResePi  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in

Nama resepi nih ~ Udang Cili Thai Kinakoyu. (nak gak letak nama aku!!!)

Bahan2 yg diperlukan.(utk 2 owang mkn)
Udang 10 ekor di basuh besih2...
Bawang b
osa 1 biji di potong bulat
Bawang Putih 3 biji di mayang nipis
Cili api 2 batang di potong kecik2
Sos Cili Thai 2 sudu bosa
Garam secukup rasa
Perisa tambahan secukup rasa. cth: Tumix, Secukup Rasa Maggie....


Cara nak masak lak
Tumis bawang putih dan bawang bosa tadi.
bila dah naik bau masukkan cili api dan sos cili thai. last sekali
masuk Udang, garam dan perisa tambahan.

dah siap!! mudah kan? buat pun x sampai 15 mint. cuba tau!!!




BiLa Si aDam PaKai TuDunG NeNek Dia!!  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in


Ini lah muka si aDam bila pakai tudung nenek dia. Macam popuan pun ada. tul x? hik..hik..hik... ptg hari tue la, Lin adik aku saje2 je pakaikan aDam tudung. Kami terbahak-bahak gelakkan aDam. Pandai lak tu pandang kemera bila aku panggil nama dia.


Ala AnAk Mama...  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in


Gambo ni aku edit untuk tatapan korang semua. Saje je wat mcm nih. Nak letak 1 per 1 kang panjang lak. Gambo adam nih aku susun dari dia baru dilahirkan sehingga la terkini. Dah nak masuk 6 bulan dah. Macam sekejap je masa berlalu. Tapi kekadang aku rindu dengan muka dia waktu adam berusia 1 hari. Banyak lagi gambo adam nih. Nanti aku akan letak gambo dia dekat sini lagi.



Gmbo BiNi OwaNg  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in



Ini gmbo aku tgh tgu kuarga husben aku dtg..janji lepas asar datang nye. tapi nie dah mcm nak dtg lepas maghrib jek? huhuhuhuhu...tention tul aku. x lama tu dorang dtg..padan la muka dia tue. elok2 tok kadi x ckp byk..dah tok kadi membebel. hak..hak..hak...mcm2 tok kadi tya. yg paling aku nntikan ialah tok kadi tya doa kunut. huhuhuhu...nasib bek tahu. kalau x ...?? reject la!!!! acah mak enon....x kan nak reject lak kan?



Ini PeRMaTa HaTiKu...  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in











Haaaa.....teka sape nih? Inilah PeRMaTa HaTiKu..aDaM HaZiQ B. MaZni. Time nih dia baru berumo 1 hari. Meh cini aku citer sikit la pasal nak melahirkan si aDam nih. Pada jam 10.00 pagi yg bertarih 01.01.2009 perut aku x de la skt pun. Tapi rasa nak terkucil sgt2..aku pun berdiri la nak pg ke bilik air. Dan2 lak air meleleh kat celah peha aku. Aku pun cepat2 la kezutkan suami aku. Dia pun pe lagi la kan? terus terbangun!!! time tue aku tengok muka dia cuak dalam mengantok. Hahahahaha....kelakar gak muka suami aku tue bila dia wat mcm tue. Cepat2 dia suh aku tya kat mama aku. Mama aku pun terus cakap nie air ketumaban pecah nih..cepat pg siap2. Kita pg hospital pg nih jgk!!! Mama aku punye la gelabahhhhhh..... Adoiii..macamlah aku nak beranak time tue gak. huhuhuhhuhu...Sayang kat Mama!!!

Nasib bek la aku awal2 lagi dah packing barang Baby dan aku tuk dok hospital 2 ke 3 hari..bila dah sampai Hospital Selayang aku di masukkan di wad bersalin tuk cek btl ke aku nih nak bersalin ke x.. lama gak la aku tunggu tuk di cek. bila tiba aku di cek kan, doc kata pintu rahim aku baru bukak 2cm..terus doc suh masuk wad biasa dan aku terpaksala tido kat situ. Mama, ayah dan suami aku kenalah balik...aku sedeh tul time ditinggalkan ptg tue. Takut aku nak bersalin dorang x de disisi aku. huk..huk..huk...

Malam tue aku x de sakit perut pun. Dalam hati ( aku nih nak bersalin ke x nak nih?) Jam berganti jam...sakit nak bersalin x de. Pelik tul...!!! Aku tgk owang kat sebelah2 aku sakit je..ada yg dah bersalin lagi la aku tkt nak tgk. Terbongkok2 berjalan pun ada...bila aku tanya, dia baru lepas opret. huh....cian tul la. Mesti sakit giler!!! Dalam hati (Ya Allah..mintak2 la aku x kena opret...).

Cek dah cek dahhhhh....makan dah makan..tido dah tido..mandi pun dah..berak dah byk kali berak dah..huhuhuhuhu...perut sakit skt2 je. Tepat kul 1.00 tgh doc cek rahim aku. Dia kata jap lagi dah boleh bawak bilik bersalin. Hati aku punyer cemas Tuhan je yg tahu. Mana x nyer..Aku x tahu mcm ne keadaan aku jap lagi. Dah la suami aku x dtg lagi. Mama dan ayh pun x dtg lagi. aku tkt dorang x sempat je tgk aku bersalin. Nasib bek kul 1.30tgh suami aku dtg..aku cakap la jap lagi dah nak pg bilik bersalin...aku cakap kat dia aku tkt giler.Tkt sakittttt....huk..huk..huk...

Di pendekkan citer.....

dah kul 8.00 mlm aku x bersalin2 lagi. Dah la kena enjet Epidural..Ya Allah sakit giler bila aku di enjet time tue. doc kata itu utk tahan sakit masa nak beranak nanti. Mama dtg jenguk aku..suami aku x nak tgk aku bersalin. Katanya takut di lak yang pengsan!!! time tue aku mintak ampun pada mama ( mama..ampunkan dosa k.as selama nih. Halalkan makan dan minum selama nih....dan k.as sayang sgt kat mama!!!) .Time tue sedeh giler...nak menangis pun dan x leh nak menangis..air mata x kuar pun. Huhuhuhuhuhu.... tepat kul 09.30mlm..aku di kezutkan oleh doc, dia kata aku x leh nak bersalin normal. Aku mesti di opret coz pintu rahim aku buka hanya 5cm je. Utk menyelamatkan Baby aku..aku kena setuju. Time tue aku kena bincang dgn suami aku. Dia kata x pe la..janji aku dan anak selamat. Bila aku ditolak ke bilik bedah...dia hantar aku sekali. Dlm perjalanan tue..aku pegang je tgn dia dan air mata aku mengalir dengan tiba2.. dalam hati aku (Ya Allah panjangkan umo aku dan selamatkanlah aku dan anak aku nih).

Tepat kul 10.30mlm..lahirlah seorang lagi hamba Allah dimuka bumi nih..Masyaallah...macam nih ke perasaan seorang ibu bila dia lepas melahirkan seorang ank yg sehat dan sempurna? Ajaib nyer ciptaan Nya. Mula2 aku dengar aDam mengangis, air mata aku mengalir dipipi. aku tetiba teringat kan mama....mcm nie la mama lahirkan aku. Terima Kasih Mama!!!!

Aku dok kat Hospital selama 5 hari..mukan nyer ape. di sebabkan aku nih bersalin x normal. terpaksalah macam tu. igt dah nak balik..rupa2 nyer kena stay lagi coz aDam kena demam kuning. Nasib bek x lama...aku pun dibenarkan balik pada 05.01.2009.

Dah habis da citer.......



SaLam PerKeNaLan...  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in



Assalamualaikum sahabat2..ini la 1st time aku buat Blog..selama nie tertanya2 mcm ne la nak wat Blog nih? Akhirnya aku nak cuba gak wat Blog nih. x tahu la pe akan jadi kat Blog aku nih..harap2 best dan sedap di baca oleh sape2 yg sudi baca. huhuhuhuhuhu....