Hari Sabtu baru2 nih aku blk kg..kebetulan cousin aku baru lepas bersalin. cantek la kan..blh tgk baby dia sekali nanti. tetiba kakak dia ajk aku pergi jemput dia kat Hopital Serdang semalam. bila dah sampai Hospital aku ape lagi....amek la gmbo baby dia. kat bawah nih gambo baby dia.....tomey kan? nama dia 'MUHAMMAD RAYYAN HAIQAL' . Pandai mama dan baba dia carikan nama yg sedap dan baik. sesuai sgt2...
alalalala......geram tul aku tgk!!! haaaa... aku pun sempat gak la berposing2 jap. ini pun tok wat kenang-kenangan kami berdua!!
Buat Cousin aku yang bernama ZAIHARIAH anak PAK DIN (BERAMBOI) hehehehe..jgn marah!! semoga ko tabah menghadapi kesakitan dan kepenatan semasa BERPANTANG nih. jadilah MAMA yg baik untuk Rayyan. Good Luck!!!
tanggal 15.08.2009 nih besday aku... best tul mlm tadi hubby aku wat suprise kat aku. igtkan dia x igt...hehehehehe.. Dia adalah org yg ke-2 wish kat aku. first cousin aku kak aYu..dia wish ptg smlm. katanya (hepi besday to tomorrow) hehehehehe...tapi pg nih pun dia wish lagi sekali. org yg ke-3 sahabat aku..kak Teh. yg len2 lom lagi termasuk la mama, ayh dn adk2 aku. dorang x igt kotttttt...?? ( sedih siot ). tapi x pe lah...bukan senang nak org igt besday kita. tul x?
sedap giler kek nih tauuuuu....sayang dia kat aku. nie first time dia bg aku kek. sebelum nih just hadiah je. mmmm...sebut pasal hadiah. x de ker?
yg buatkan aku terharu mlm tadi, time aku nak tiup lilin yg 2 batang je tuh (huhuhuhu). dia siap nyanyikan tuk aku lagi. lagu dia kan?
ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu..ASMAWATIE.....
ALLAh selamatkan kamuuuuuuu.....
terus dia cium pipi aku...heheheheheh. rasa bahagia sgt2 time tuh. aku tanya lepas tuh. ' sayang hadiah mama x de ker?' dia kata ' x de la sayang. tahun nih x de hadiah' pastu dia sengih2... mmmm x de x pe lah. kek nih pun dah ckp bg aku tau!!
mlm tdi aku x msk. dia belikan KFC tapi 3 ketul jer. adusss..kata dia 'ayam dah hbs. kalau nak gak beli kena tgu 1/2 jam lagi. papa beli yg nih je la..' mmm..x pe la dari x de!!! pastu tetiba dia suh aku amek cawan..aku pun amek je lah. aku dgr dia kuar umah. x tahu la kenapa. bila aku pg dpn balik tgk2 dia dah letakkan 1 bungkusan dkt tepi KFC tadi. aku cepat2 la bukak!!! lorrr......rupa2 nya dia belikan aku beg!! best nyer.....beg idaman aku nih!!!terharu tul aku mlm tadi... ALHAMDULILLAH Ya Allah... ko berikan suami sebaik ini.
Amin......
aduiii..dah pukul 9.30 mlm aDam x gak tido2.. nak masak lagi..nak mandi lagi...sempat ker nak wat keje umh? adoi aDam...tidor la nak ooOOOiii. tepat kul 10.00 mlm baru aDam tido. aku pun cepat2 la masak. nak masak ape yew? masak yg senang dan cepat dimasak je lah!!! HHhhhhhhaaaahhh... masak 'ayam masak madu'. cantekkkkk!!!!
bahan2 yang diperlukan adalah:-
halia 1 inci , bawang puteh 2 ulas, bawang besar 1 biji dihiris mayang.Bahan2 lain adalah daun sup @ daun ketumbar. x yah banyak..ikut suka hati nak letak. potong halus2 yew.
yg nih kalau x de x jadi.... hehehehehe..
::PiKiR-PiKir Kan Lah!!::
Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in BaB 8 - PeNgETaHuaN ToK KiTa SeMuatapi.....
kalau korang nak tahu, nih agaknya TUHAN nak tunjukla kebenaran tentang restoren nih. ada 1 hari tue, adik aku Lin dan husben dia parking kete betul2 dkt restoren tue...kebetulan ada 1 kete nih baru datang dan turunkan brg2 dlm kete. adik aku tengok je ape yg dorang tengah buat. tetiba dia terpandang kotak yang diluarnya ada gambo 'BABI'..
Masyaallah...
adik aku punyer la terkezut dan terkedu bila nampak gambo tu....dia pun terpikir. Nih restoren melayu ke CINA? tapi kenapa ramai orang melayu kita makan kat cini?
so...
korang pikir2 kan la...sebelum nak makan kat restoren. tgk2 dulu halal ke idak nak makan kat situ. kadang2 restoren mamak pun x leh nak agak. mamak ke india? tul x? dorang nih pandai...bg pekerja indon yg pakai tudung dan letak ayat2 suci Allah. dah nampak macam restoren mamak. kesian restoren2 mamak dia gunakan oleh india yg menyamar mamak.
cuba tgk gambo nih..gambo yg nampakkan mcm retoren melayu kan?
********************************************************************************
********************************************************************************
mmm...... sedey dan tention aku sekarang nih. kwn (INTAN) dan cousin (K.AYU) aku kata aku dan berisi bila dorang tgk gambo aku kat JB tuh. mmmmm...mcm ne aku nak wat kan? igt nak diet gilerz nih. nak kurus sebelum raya. blh ker? mmmmm.....blh kot!!! ehhh.....x blh la!!!! aku takut x blh kurus je. sbb aku nih kuat makan. aduissss...kalau x diet badan x cantik pulak. kang laki pandang popuan len kang aku marah. ishhhh..x blh..x blh...aku mesti kena KURUS kan badan gak!!! kena disiplin lepas nih. Sure boleh!!!!! tadi cousin aku (K.AYU) bagi aku cadangan untuk MENGURUSKAN BADAN BERLEMAK nih. cadangan yg dia kemukakan kat aku adalah:-
1) stop mkn after 7pm
2) minum teh org kg 3pm & 10.00pm
3) k.ayu tak akan mkn cekelat, ais krim (wat sementara je)
4) berlari setempat....kira sampai 100 sebelum mandi balik keja
5) say bye bye to :- nasi lemak & roti canai
6) nasi mkn seminggu 2 x sahaja
7) lapar mkn roti & bisuit cream creaker tanpa lemak.
blh ker? mmmmmm..rasa blh kot. kot??? jgn...aku MESTI blh buat!!!! cayok-cayok!!!!
P/S: korang nantikan KEJAYAAN aku yew? huhuhuhuhuhu...
... JaDiKan AnaK2 KiTa SeBaGai WiNNeR...
Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in BaB 8 - PeNgETaHuaN ToK KiTa SeMuaIbubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!
****************************************************************************************************************
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu
dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam
Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap
hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.
Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang
membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya
layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau
sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak
saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan
yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah
sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah
yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya
iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut
eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang
sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita
dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran
ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak
nya...mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar
dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
****************************************************************************************************************
Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la
kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan
sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.
*********************************************************************************** *
...:: HIKMAH D-SeTiAP pErpiSaHan::...
Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in BaB 10 ~:: ReNunG2 KaN::~bila aku tgk aDam dah semakin beso nih aku bersyukur sgt2 kerana di kurniakan seorang ank yg comey dan suami yg baik hati dan bertanggungjawab. mula la aku teringat pada pakwe2 yg dolu2...kalaulah aku kawen dgn dowang dulu. mesti kehidupan aku x sebahagia ini. betul kata owang tua2... setiap pertemuan ada perpisahan. dan setiap perpisahan ada HIKMAH nya. meh cini aku bagi korang baca *petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January untuk korang renung2 kan supaya korang tidak menyalahkan ALLAH kerana korang putus dgn pakwe2 korang.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..
* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…
PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..
Best tul aku g Jb hari Jumaat dan Sabtu baru2 nih. dah lama giler aku x ke Jb sampaikan aku x igt jln nak pg ke Pasir Gudang. sampaikan si supra perli2 aku lah. bertolak dari umah aku kul 10.30 pagi..singgah pekan rawang jap g beli hadiah. gedebak-gedebuk bertolak kul 12.30 tgh. dah lari masa dah. nih nak sampai JB kul bp la kan? aduiiiii.... Bawah nih gambo aDam masa kami mula nak bertolak. masam tul muka dia...agk nya dalam hati. "mama dgn papa nih bila nak gerak...aDam dah x sabo nak g Jb nih"
Nih gambo kami da sampai kat perhentian........ alamak lupa laa pulak!! penat punyer pasal la nih, sampaikan perhentian mane pun aku x tahu. huhuhuhu...singgah minum jer. makan supra cakap " kita makan Nasi Briani Gam kat JB Town je lah". sabo je lahhhhhhh....