Memaparkan catatan dengan label BaB 8 - PeNgETaHuaN ToK KiTa SeMua. Papar semua catatan

..:: p e r h a t i a n_ s e m u a ::..  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in


mulai hari ini dan saat ini..blog saya telah bertukar TITLE dari Bisikan Hatiku ...Dan Tentang Aku kepada k i n a k o y u @ m a m a * aDam...
nih url blog yg baru :~ http://mamaadam09.blogspot.com/


ini kerana followers2 merungut (jgn marah..saje je!!) kat aku 'kenapa update aku x kuar kat blog list dorang?' so bagi x nak menghampakan permintaan dan kepayahan dorang, aku buat balik blog yg rupanya sama tapi nama je yang len.


..Lagi Kes H1N1..  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in



pagi tadi aku ada dapat 1 mesej kat hp. bila aku baca mesej tue aku terus terkedu jap. korang nak tahu ape isi mesej tue? jap ehhh...
salam..skrg mgsa H1N1 dah cecah 44 org meninggal stkt nih. so kite kena serius cegah bkn merawat. antibodi bdn kite hndklah kuat. mgikut amalan prubtn yg dirahsiakan oleh bangsa len...MEMAKAN BAWANG PUTIH sbyk mungkin brsama mknan harian len adalah antibodi terbaik utk mcgah pnularan ini. tlg sebarkan msj ini kite x tau sape magsa yg seterusnya. kite mesti serius sbb kenapa org melayu kita yg ramai mati dari bangsa len.


**********************************************************************************************************
bila baca ayat di atas nih korang, ape yg korang rasa? rasa geram x? bangsa len tahu...tapi x mo sebarkan maklumat penting nih. patutla org melayu kita je yg meninggal. dorang? x kan? padahal dorang yg makan ba** tue. x patut...x patut....
*************************************************************************************************




::PiKiR-PiKir Kan Lah!!::  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in

seperti gambar yg tertera di atas nih. aku nak cerita la kat korang....first korang tgk gambo nih korang rasa nih restoren melayu kita ker, cina ker dan.... india ker? bagi aku tgk mcm restoren melayu kita. sbb dengan suasananya, decoration, minuman, makanan dan pelayan2 mcm restoren melayu kita. mula2 dulu aku igt pun restoren melayu kita..sbb aku tgk ramai orang melayu kita makan kat situ reramai. ada bawak mak bapak..anak2..kekasih2...huhuhuhuhu.
tapi.....
kalau korang nak tahu, nih agaknya TUHAN nak tunjukla kebenaran tentang restoren nih. ada 1 hari tue, adik aku Lin dan husben dia parking kete betul2 dkt restoren tue...kebetulan ada 1 kete nih baru datang dan turunkan brg2 dlm kete. adik aku tengok je ape yg dorang tengah buat. tetiba dia terpandang kotak yang diluarnya ada gambo 'BABI'..

Masyaallah...
adik aku punyer la terkezut dan terkedu bila nampak gambo tu....dia pun terpikir. Nih restoren melayu ke CINA? tapi kenapa ramai orang melayu kita makan kat cini?

so...
korang pikir2 kan la...sebelum nak makan kat restoren. tgk2 dulu halal ke idak nak makan kat situ. kadang2 restoren mamak pun x leh nak agak. mamak ke india? tul x? dorang nih pandai...bg pekerja indon yg pakai tudung dan letak ayat2 suci Allah. dah nampak macam restoren mamak. kesian restoren2 mamak dia gunakan oleh india yg menyamar mamak.



cuba tgk gambo nih..gambo yg nampakkan mcm retoren melayu kan?

p/s: bg yg sesiapa yg terasa ape yg aku tulis nih jgn la marah. ini peringatan kepada umat2 ISLAM supaya berhati2 ketika ingin menikmati makanan dan minuman. takut2 kita igt HALAL rupa2 nya X HALAL.

********************************************************************************
Oooopp..lupa nak bagi tahu la. location restoren tue kan kat BANDAR BARU RAWANG & SG BULOH.
********************************************************************************

... JaDiKan AnaK2 KiTa SeBaGai WiNNeR...  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in

Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!
****************************************************************************************************************
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu
dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam
Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap
hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.
Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang
membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya
layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau
sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak
saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan
yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah
sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah
yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya
iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut
eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang
sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita
dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran
ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak
nya...mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar
dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka
, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

****************************************************************************************************************
Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la
kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan
sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

*********************************************************************************** *

::Awasss!!! PeNiPuAn JuRuTerA KoMPuTeR::  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in


Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

**************************************************************************
Penipuan Jurutera Komputer
www.iluvislam. com
Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Editor: NuurZaffan
*************************************************************************************
*************************************************************************************
Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London , tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia .

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar รข€˜refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.
****************************************************************************************

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah. .

Bagi mereka yang berminat untuk menonton gelagat penipu komputer, SILA BUKA DI LINK BERIKUT . Ia disiarkan di berita utama channel Five TV, United Kingdom .



::x sAnGka SeUniK Nie::  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in


SUBHANALLAH….ALANGKAH MENAKJUBKAN SEL2 YANG ADA DALAM BADAN MANUSIA….

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.
Vilus pada usus kecil


















::: MiNeRal YaNg MeNganDuNgi HoLY WaTeR  

Posted by: kiNaKoYu @ AsMaWaTiE ALiaS in

ini sekadar gambar hiasan
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam. Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:

1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari


Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan , buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.Selipar Bowling HARAP MAKLUM SEMUA... Selipar getah jenama BOWLING, situ ada tertulis perkataan ALLAH (dlm Arab) di tapaknya (bahagian tumit) harap dapat ambil perhatian. Sebarkan demi agama Islam tercinta.Memang ada perkataan Allah, tengok betul-betul kat tapak (corak besar) tengok tapak selipar sebelah kiri... Kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalam imej terbalik. SUBAHANALLAH. ... Mineral Water "WATERCO" .....DON'T BUY IT....Wallahualam. ... Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum atau terbeli air mineral 'WATERCO". Ia adalah 'Holy Water'. yang dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi, termasuk Pope John Paul.




Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan bahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah. Tolong fowardkan okay... Demi Islam... Demi agama yang tercinta.